Peningkatan Ekonomi
1)
Masyarakat dalam tamadun awal
menjalankan aktiviti seperti bercucuk tanam, menternak binatang, dan
menghasilkan barang perdagangan untuk kepentingan sendiri sahaja
2)
Apabila tamadun semakin
berkembang diikuti dengan kemunculan Bandar, kegiatan sara diri telah bertukar
kepada penghasilan untuk jualan.Hasil yang berlebihan dijual ke pasar atau
ditukar dengan barang perusahaan tempatan seperti tembikar perhiasaan dan
lain-lain
Tamadun Yunani
|
1) Hampir semua Negara kota member tumpuan kepada aktiviti
perdagangan kecuali Sparta
2) Ini disebabkan muka bumi yunani yang bergunung-ganang.
3) Pada mulanya perdagangan hanya berlaku di pesisir pantai sahaja
seperti Mesir, Syria, dan Phoenecia
4) Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan makanan ,akibat
kurangnya tanah untuk pertanian dan terpaksa mendapatkan makanan dari kawasan
di selatannya dan Laut Hitam
5) Cukai telah dikenakan ke atas kegiatan perdagangan dan menyebabkan
kenaikan harga barang.Kesannya, ramai rakyat Yunani berpindah ke tempat lain.
|
Tamadun India
|
1) Aktiviti perdagangan berkembang sejak abad ke 3 S.M. lagi
2) Aktiviti perdagangan melibatkan perdagangan dalaman luaran
3) Anga, Kalinga dan Karusa merupakan pusat perdagangan penting yang
menghasilkan senjata, gading gajah, mutiara, emas, dan berlian
4) Mengadakan hubungan perdagangan dengan Negara luar seperti
Kerajaan Maurya dengan M acedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan Tenggara
5) Antara pelabuhan pentingnya ialah Tamralipti, Ghantashala dan Kadura
di timur, serta Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay di barat
6) Wujud persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai
sresthin di setiap Bandar seperti persatuan untuk tukang kayu,tukang logam,
tukang kulit dan sebagainya untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji
pekerja.
7) Undang-undang digubal dan diawasi oleh raja, untuk mengawak
persatuan.
8) Mata wang digunakan dalam aktiviti jual beli.
-Penggunaan
mata wang membuktikan tamadun India seperti Dinasti Maurya dan Gupta telah
melaksanakan satu dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik
-Aktiviti
perdagangan tersebut disokong oleh perkembangan sector perusahaan seperti
pengeluaran tekstil, kain kapas, dan sutera
9) Perdagangan maritime antara India dengan Alam Melayu telah
berkembang sejak tahun 100 M.
-Pedagang
India memperoleh hasil seperti rempah, gading gajah dan besi dari alam melayu
sementara tekstil, tembikar, minyak wangi, dan barangan kaca dari China.
-Turut
berkembang ialah perdagangan Maritim dengan Rom dan Sri Lanka
|
Tamadun China
|
1) Sejak zaman Dinasti Shang lagi telah berlaku perkembangan ekonomi
seperti pertanian, perdagangan dalam negeri, dan maritime perusahaan, dan
pembentukan persatuan perniagaan
2) Pertanian
-Tenggala
telah diperkenalkan untuk membuat batas tanaman.
-Untuk
membolehkan kuda menarik tenggala kayu,kereta kuda dan kereta sorong
digunakan.
3) Perusahaan logam dan tembikar
-Berkembang
sejak Dinasti Han.
-Hasil logam
dan tembikar didagangkan di Alam melayu, India,Timur Tengah, dan Barat
-Mula-mula
hasil barangan dibawa untuk dijual melaliu jalan darat kemudian beralih
kepada jalan laut sejak zaman Dinasti Tang
-Buktinya di
tapak dua pelabuhan kerajaan awal terdapat tembikar China
4) Perkembangan dalam sistem perhubungan seperti pembinaan jalan raya
dan jambatan telah mewujudkan perdagangan yang pesat sehingga munculnya
persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas
pertengahan
|
Peningkatan Sosial
-
Peningkatan sosial telah
berlaku terutama dalam bidang pendidikan, falsafah dan kesenian.
-
Pendidikan adalah asas kepada
segalanya kerana peningkatan tahap intelek akan membantu peningkatan
aspek-aspek lain.
Tamadun Yunani
|
1) Tujuan pendidikan dalam tamadun Yunani adalah untuk melahirkan
manusia yang seimbang pencapaian dari sudut rohani dan jasmani
2) Sekolah-sekolah falsafah telah berkembang di negara-negara kota
seperti Yunani seperti Thebes, Athens,
Elea dan Miletus
3) Sekolah ini telah melahirkan ramai
4) Athens
-Masyarakat
Athens berpendapat bahawa manusia yang cemerlang ialah manusia yang dapat
memenuhi tuntutan mental dan fizikal.
-Hanya
manusia yang cemerlang yang dianggap dapat memberikan sumbangan kepada
kesejahteraan kehidupan manusia.
-Oleh itu,
pendidikan yang dititikberatkan di Athens ialah sukan, muzik, berpidato,
membaca, menulis, mengira, menghafal, dan kesusasteraan
-Athens
dikenali sebagai pusat cendekiawan Yunani semasa Pemerintahan Pericles.
5) Sparta
-Matlamat
pendidikan adalah untuk melahirkan warganegara tentera yang sempurna , gagah,
dan setia kepada Negara kotanya.
-Mementingkan
latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata.
|
Tamadun Rom
|
1)
Pendidikan menekankan
aplikasi ilmu yang praktikal dan semangat setia kepada Rom.
2)
Ini telah menyebabkan Rom
terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam yang berupaya
member kesejahteraan hidup kepada masyarakat
3)
Pada peringkat awal
perkembangan pendidikan, tamadun Rom
banyak menyerap dan mengambil unsure-unsur Tamadun Yunani.
4)
Ilmu pengetahuan berkembang
pesat di bandar-bandar di seluruh empayar Rom dan lahir pusat-pusat
pendidikan.
5)
Peranan pusat pendidikan
adalah.
-melahirkan
jurutera yanag dapat membina system pengairan, bangunan, dan jalan raya
-melahirkan
ahli falsafah
-melahirkan
sejarawan yang telah menulis tentang sejarah kegemilangan Rom.
|
||||||||||||||||||||
Tamadun India
|
1)
Peningkatan pendidikan
bermula pada Zaman Vedik iaitu
-mementingkan
keagamaan dan agama Hindu menjadi terasnya .
-pendidikan
pada masa ini didominasi oleh kaum lelaki n manakala kaum wanita tidak
mempunyai untuk menerima pendidikan
-pendidikan
memberi perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda dalam bahasa Sanskrit
-untuk
mendalami kitad Veda, kaedah penghafalan digunakan.
2)
Pendidikan yang berteraskan
agama Hindu adalah untuk mempersiapkan manusia menghadapi hari-hari selepas
mati.Segala hokum agama dipelajari supaya mereka dapat hidup sempurna dengan nilai-nilai murni yang diperoleh
daripada ajaran agama.
3)
Bermula selepas tahun 100
S.M. pendidikan diberi di istana dan di rumah
4)
Lahir Universiti agama Budhha
iaitu Naladha pada abad ke-4 Masihi
5)
Untuk mencapai taraf sebagai
Brahmin yang berpendidikn seseorang mestilah:
-menghafal
pelbagai buku agama khususnya Veda yang mengandungi peraturan ritual,
mantera, dan lagu-lagu agama.
-mempelajari
karya saintifik dan falsafah.
6)
Pendidikan juga adalah untuk
meningkatkan ilmu sains untuk mengatasi buta huruf serta untuk mendapatkan
jawatan dalam pemerintahan.
|
||||||||||||||||||||
Tamadun China
|
1)
Masyarakat dalam tamadun
China sangat menghargai kesusasteraan, pendidikan, dan perniagaan dengan
matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan.
2)
Pendidikan di China terbahagi
kepada 3 peringkat iaitu:
-Pendidikan
rendah
Pendidikan tertumpu pada kegiatan mengenal
dan menghafal tulisan ideogram dan
sembilan buku suci tanpa memahami maknanya.
-Pendidikan
menengah
Tumpuan
diberi terhadap karangan dan sastera
-Pendidikan
tinggi
Peringkat
ini tumpuan diberikan pula pada aktiviti menterjemah buku suci.
3)
Pendidikan di China adalah
menjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran
4)
Peperiksaan Awam China yang
merupakan peperiksaan tertua di dunia mengandungi 3 tahap iaitu:
|
No comments:
Post a Comment