Followers

Click PLAY BUTTON To Enjoy THR Gegar
Get Adobe Flash player

Wednesday, 16 May 2012


LATAR  BELAKANG  TAMADUN
1)      TAMADUN  YUNANI
Ø  Berkembang  di  Semenanjung  Greece  dan  pulau-pulau  di  sekitarnya  yang  dikelilingi  oleh  Laur  Aegean  dan  Laut   Meditterrannean
Ø  Bermula  dengan  pembentukan  petempatan  manusia  di  negara  kota  atau  polis
Ø  Pembentukan  negara  kota  terbentuk  daripada  gabungan  beberapa  buah  kampung  dan   bandar  pada  sekitar  tahun  1000 – 8000 S.M
Ø  Negara  kota  Yunani  mengandungi  sebuah  kota  yang  dikelilingi  kawasan  pertanian  dan  di  dalam  kota  terdapat  pasar, kubu, kuil  dan  istana
Ø  Negara  kota  yang  paling  menonjol  ialah  Athens, Sparta, dan  Corinth  yang  terletak  berhampiran  Laut  Mediterranean
Ø  Setiap  negara  kota  mempunyai  corak   pemerintahan  dan  undang-undang  tersendiri  serta  memiliki  beberapa  tuhan
Ø  Mereka  sentiasa  bersatu-padu  walaupun  kadang-kadang  berlaku  peperangan  antara  negara  kota.
2)      TAMADUN  ROM
Ø  Terbentuk  di  kawasan  Bukit  Palatine  yang  terletak  berhampiran  dengan  Sungai  Tiber,di  Lembah  Latium
Ø  Masyarakat  Latin  menduduki  Lembah  Latium  ini
Ø  Lembah  ini  berkembang  menjadi  penting  semasa  pemerintahan  Romulus  pada  tahun  753 S.M.
Ø  Majlis  Perbandaran  di  setiap  bandar  yang  akan  menjalankan  pentadbiran  tanpa  diganggu  oleh  pentadbiran  pusat  di  Rom
Ø  Kesan  daripada  kewujudan  Majlis  Perbandaran  ini  telah  membawa  kemajuan  dan  keselesaan  hidup  di  bandar
Ø  Bandarnya  dibina  secara  terancang  dengan  pelbagai  kemudahan  seperti  bekalan  air, sistem  pemanas,  rumah  ibadat, teater, istana,  rumah  mandi  awam, sarkas  dan  tempat  berdialog
Ø  Antara  bandarnya  ialah  Bandar  Pompei. Antara  kemudahan  yang  terdapat  di  Bandar  Pompei  ialah:
(i)                 Penduduknya  seramai  50,000  orang  pada  tahun 80 M
(ii)               Sistem  saliran  bawah  tanah  yang  menyalurkan  air  paip  sejauh  165 km  yang  melibatkan  14  uah  saliran  dan  terusan
(iii)             Bekalan  air  dapat  bekalkan  kepada  penduduk  di  Pompei  pada  waktu  aman  dan  semasa  peperangan  serta  untuk  kegiatan  perindustrian  dan  pengangkutan
(iv)              Pejabat, dewan  orang  ramai, mahkamah, perpustakaan,  rumah  ibadat, kedai, pintu  gerbang  dan  colloseum.
3)      TAMADUN  INDIA
Ø  Tamadun  Indus  mengalami  era  kecemerlangan  daripada  tahun  2500-1800 S.M
Ø  Selepas  tempoh  tersebut  tamadun  Indus  telah  mengalami  keruntuhan  kerana:
(i)                 Kedatangan  orang  Aryan  yang  membawa  satu  budaya  dan  tahap  baharu  dalam  masyarakat  Lembah  Indus
(ii)               Tahap  ini  dikenali  sebagai  Zaman  Vedik
(iii)             Zaman  Vedik  merupakan  zaman  permulaan  kehidupan  beragama  bagi  masyarakat  Indus  kerana  telah  lahir  agama  Hindu
(iv)             Masyarakat  tamadun  Indus  beralih  ke  Lembah  Ganges  setelah  beberapa  lama  bertapak  di  Lembah  Indus
Ø  Di  Lembah  Ganges, pemerintahannya  terdiri  daripada  golongan  raja. Terdapat  dua  bentuk  kerajaan,iaitu:
(i)                 Janapada ( kerajaan kecil)
(ii)               Mahajanapada (kerajaan  besar)
Ø  Kerajaan – kerajaan  kecil  telah  disatukan  semasa  pemerintahan  Chandragupta  Maurya  yang  menyebabkan  wujudnya  empayar  pertama  India  pada  tahun  321  S.M.
Ø  Dinasti  Maurya  telah  mencapai  tahap  kegemilangan  pada  masa  perintahan  Asoka

4)      TAMADUN  CHINA
Ø  Tamadun  China  terletak  di  Lembah  Sungai  Hwang  Ho  dan  meliputi  ke  bahagian  selatan  China
Ø  Perluasaan  kuasa  bermula  dengan  kemunculan  Dinasti  Chin  yang  merupakan  dinasti  yang  pertama
Ø  Pengasas  Dinasti  China  ialah  Maharaja  Shih  Huang  Ti  yang  menjalankan  aktiviti  perluasan  kuasa  hingga  ke  Sungai  Merah  di  Vietnam  dan  berjaya  membentuk  sebuah  empayar
Ø  Zaman  pemerintahan  Shih  Huang  Ti  adalah  zaman  yang   banyak  berlaku  peperangan, perluasan  kuasa,  dan  penyatuan  jajahan  takluk  di  bawah  sebuah  pentadbiran  pusat.

























ASPEK- ASPEK  PENINGKATAN  TAMADUN
POLITIK
Tamadun
Pemerintahan  dan  pentadbiran
(a)    Yunani
(i)                 Pada  mulanya  telah  wujud  beberapa  bentuk  pemerintahan  yang  akhirnya  mengalami  perubahan  daripada  monarki, oligarki, aristokrasi, diktator , dan  demokrasi.
(ii)               Perubahan – perubahan  ini  menunjukkan  orang-orang  Yunani  sentiasa  berubah  meningkatkan  aspek  pemerintahan  dan  pentadbiran  negara  kota
(iii)             Athens  pada  awalnya  mengamalkan  sistem  politik  beraja
Ø  Konsul  berperanan  membantu  raja
Ø  Raja  sebagai  ketua  hakim , ketua  tentera, dan  ketua  agama
Ø  Akibatnya  lahirlah  sistem  raja  yang  dipih  dengan  kuasa  yang  terhad  dan  beberapa  orang  konsul  berkuasa
Ø  Sistem  ini  dinamakan  oligarki
Ø  Dalam  kalangan  konsul  ini  pula  lahirlah  golongan  aristokrat  yang  kuat  dan  memiliki  kuasa  yang  besar
Ø  Pemerintahan  daripada  golongan  aristokrat  ini  dinamakan  aristokrasi
(iv)             Rampasan  kuasa  telah  berlaku  terhadap  raja  aristokrasi  oleh  golongan  yang  tidak  berpuas  hati
(v)               Ini  telah  menyebabkan  wujud  pemerintahan  berbentuk  Tirani  iaitu  pemerintahan  yang  zalim  oleh  diktator  iaitu  pemerintah  yang  berkuasa  mutlak
(vi)             Selepas  pemerintahan  beraja  wujud  pula  pemerintahan  demokrasi  di  Yunani
Ø  Terdapat    Dewan  Perhimpunan  dan  Majlis
Ø  Semua  warganegara  lelaki  dewasa  Argens  diberi  peluang  menjadi  anggota  Dewan  Perhimpunan  antara  6  bulan  hingga  setahun
Ø  Dewan  Perhimpunan  bersidang  sebanyak  3  kali  dalam  sebulan
Ø  Setiap  ahli  Dewan  boleh  mengemukakan  cadangan  tentang  dasar  kerajaan
Ø  Majlis  mengendalikan  sagala  keputusan  Dewan
Ø  Dewan  telah  melantik  Ahli  Majlis  dan  juri
(vii)           Manakala  negara  kota  Sparta  yang  juga  terdapat  di  Yunani  mengamalkan  pemerintahan  tentera.
Ø  Memberi  perhatian  kepada  sistem  pertahanan
Ø  Anak – anak  lelaki  berusia  7  tahun  telah  dihantar  ke   Kem  tentera  untuk  dilatih  menjadi  askar  yang  baik
Ø  Sparta  telah  berjaya  melahirkan  tentera  yang  berpatriotik  tinngi  dan  tangkas  dalam  berperang
(b)   ROM
(i)                 Memulakan  sistem  pemerintahan  beraja  sejak  tahun  753  S.M.
(ii)               Raja  berketurunan  Etruscan  memerintah  Rom  secara  mutlak
(iii)             Masyarakat  Latin  golongan  bangsawan  yang  dikenali  sebagai  patrician  tidak  menyenangi  pemerintahan  Etruscan  dan  telah  bangun  memberontak  serta  mengullingkan  pemerintahan  beraja.
(iv)             Pada  tahun  509 S.M. sebuah  kerajaan  republik  dibentuk  di  Rom  and  tiada  pemerintah  yang  berkuasa  mutlak
(v)               Ciri- ciri  sistem  Republik  di  Rom
Ø    Tidak  mempunyai  pemerintah  yang  berkuasa  mutlak
Ø    Kuasa  tertinggi  berada  pada  dua  orang  konsul  yang  dilantik  oleh  Dewan  Senat  bagi  tempoh  tertentu
Ø    Wujudnya  jawatan  dua  orang  Konsul  ini, maka  tidak  ada  yang  lebih  berkuasa
Ø    Konsul  dibantu  oleh  Senat  yang  diwakili  oleh  golongan  bangsawan. Mereka  berperanan  merangka  perundangan  dan  membincangkan  hal- hal  pentadbiran  negara.
Ø    Sebelum  seseorang  Dewan  Senat  dilantik  sebagai  konsul,beliau  ialah  seorang  praeotor , iaitu  pemerintah  tentera
Ø    Semua  rakyat  Rom  mewakili  Dewan  Perhimpunan  yang  berada  di  bawah  Dewan  Senat
Ø    Segala  keputusan  Dewan  Senat  akan  disampaikan  kepada  Dewan  Perhimpunan  untuk  diluluskan
(vi)             Apabila  Rom  mencapai  taraf  empayar  di  bawah  pemerintahan, Julius  Caesar , sistem  republik  di  Rom  telah  berubah. Perubahan  ini  berlaku kerana  beliau  berjaya  meluaskan  kuasa  ke  Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Britania, dan  beberapa  kawasan  di Jerman
(vii)           Terbentuk  sistem  pemerintahan  berpusat  menunjukkan  perubahan  berlaku  dalam  pemerintahan  bercorak  empayar  iaitu  kesan  daripada  penyatuan  wilayah-wilayah   kecil  yang  ditakluki,
(viii)         Walau  bagaimanapun, Julius  Caesar  menamatkan  sistem  republik  ini  dengan  menguasai  angakatan tentera  and  Senat  serta  menggunakan  gelaran  Maharaja
(ix)             Maharaja  Agustus  yang  memerintah  antara  tahun  27- 14 S.M.  meneruskan  gelaran  Maharaja
Ø  Maharaja  Agustus  telah  banyak  membawa  keamanan  dan  kemakmuran  kepada  Rom
Ø  Keamanan  yang  wujud  kekal  selama  200  tahun  dikenali  sebagai  Pax  Romana  (keamanan  Rom)
Ø  Agustus  telah  membawa  keamanan  kepada  rakyat  Rom  yang  pelbagai  bangsa  dan  tiga  benua  iaitu  Afrika, Eropah  dan  Asia
(c)    INDIA
(i)                 Pada  tahap  awal  pembentukan, kerajaan  India  terbahagi  kepada  dua  kerajaan, iaitu:
Ø  Kerajaan  Kecil
-          Masih  bersifat  kepuakan
-          Tidak  mempunyai  raja
Ø  Kerajaan  Besar
-diketuai  oleh  Raja
- kerajaannya  ialah  Kashi, Kosala  dan  Maghada

(ii)               Raja  berkuasa  mutlak  dan  diikuti  dengan  pelbagai  cara  untuk  memperkukuh  kekuasaan  raja  seperti:
Ø  Upacara  ritual  yang  berasakan  kepercayaan  bahawa  seorang  raja  adalah  suci  dan  harus  dihormati
Ø  Golongan  Brahmin  yang  berperanan  sebagai  penasihat  bertindak  mengukuhkan  kuasa  raja
Ø  Golongan  Ksyatria  manjadi  pemerintah  tertinggi  serta  merupakan  golongan  dominan
(iii)             Chandragupta  Maurya  bertindak menyatukan  kerajaan-kerajaan  kecil  di  India dan  menbentuk  empayar  Maurya  sejak  tahun  321-185 S.M.  lagi. Ini  telah  merubah  gelaran  raja  kepada  maharaja
(iv)             Empayar  Maurya  meliputi  kawasan  Teluk  Benggala  hingga  ke  Pergunungan  Hindu  Kush
(v)               Ibu  negaranya  terletak  di  Pataliputra
(vi)             Dinasti  maurya  mencapai  kegemilangannya  semasa  pemerintahan  Maharaja  Asoka (273-232 S.M.)
(vii)           Buktinya  ialah  kejayaan  Asoka  menamatkan  perang  saudara  selepas  kematian  bapanya  Bindusara  dan  menakluk  Kalinga  yang  mempunyai  kepadatan  penduduk  yang  tinggi  di  India
(viii)         Asoka  juga  menekankan  kedamaian  dan  kemajuan  sosial  di  samping  menjalankan  penaklukan  melalui  penyebaran  agama  Buddha  dan  bukan  lagi  melalui  ketenteraan  selepas  Perang  Kalinga
(ix)             Beliau  juga  telah  membentuk  birokrasi  pentadbiran  untuk  menjalankan  pemerintahan  walaupun  beliau  seorang  pemerintah  yang  berkuasa  mutlak

(d)   CHINA
(i)                 Perluasaan  kuasa  telah  merubah  pemerintahan  berbetuk  feudal  kepada  pemerintahn  berbentuk  sistem  pentadbiran  berpusat  dan  melahirkan  empayar  dalam  Dinasti  Chin  dari  tahun  221-206  S.M.
(ii)               Birokrasi  awam  yang  terdiri  daripada  pegawai  yang  dilantik  oleh Maharaja  terutama  semasa  pemerintahan  Shih  Huang  Ti
(iii)             Sebuah  jawatankuasa  yang  dikenali  sebagai  Hon  Kao  Tsu  telah  berperanan  melantik  birokrasi  awam  berdasarkan  pencapaian  dalam  peperiksaan  awam.
(iv)             Sistem  ini  diwujudkan  pada  zaman  Dinasti  Han  dan  diteruskan  oleh  dinasti-dinasti  yang  lain.


















PERUNDANGAN
1.      Sistem  perundangan  juga  turut  berkembang  selari  dengan  peningkatan  tamadun
2.      Saiz  masyarakat  yang  bertambah  besar  dalam  sesebuah  tamadun  boleh  mengundang  masalah  sekiranya  tiada  peraturan  atau  sistem  yang  dapat  mengawal  tingkah  laku  rakyat
3.      Undang – undang  diperlukan  untuk  mewujudkan  kehidupan  yang  aman  dan  sejatera.

TAMADUN
PERUNDANGAN
(a)    YUNANI
i)                    Dewan  Perhimpunan  berfungsi  menggubal  undang-undang
ii)                  Plato  dalam  bukunya  berjudul  Republic  mengutarakan  kepentingan  undang-undang. Menurutnya, negara  harus  diperintah  oleh  alhi  falsafah  kerana  mereka  cekap  untuk  menggubal  undang-undang dalam  mewujudkan  kehidupan  yang  aman  dan  sejahtera
(b)   ROM
i)                    Undang –undang  Rom  terawal  terbentuk  bertulis  iaitu  Hukum  Kanun  12  yang  dipahat  pada  kayu  yang  dikenali  sebagai  Papan  Dua  Belas  dan  diletakkan  di  tempat  awam  untuk  tatapan  rakyat
ii)                  Kerja – kerja  pembukuan  undang-undang  yang  banyak  terdapat  Rom  dilakukan  oleh  Maharaja  Justinian. Ini  telah  melahirkan  Kod  Undang – Undang  Rom
iii)                Kod  ini  telah  menjadi  intipati  undang-undang  Rom  hingga  kini
(c)    CHINA
i)                    Undang – undang  di  China  berteraskan  dua  prinsip  utama, iaitu  hukuman  berat  dan  bercorak  kolektif. Teras  ini  adalah  berdasarkan  falsafah  legalisme  oleh  Han  Fei  Tsu  pada  zaman  Dinasti  Chin
ii)                  Mengikut  falsafah  ini, undang-undang  yang  tegas  dan  kukuh  dapat  mengawal  tingkah  laku  manusia
iii)                Tidak  perlu  wujud  rasa  belas  kasihan  dalam  menjalankan  undang – undang
iv)                Undang – undang  dan  penguatkuasaan  perlu  dipelihara  tidak  kira  dalam  apa  juga  keadaan  supaya  dapat  dibendung  tindakan  liar  manusia
v)                  Raja  mesti  mempunyai  kuasa  utuh
vi)                Undang – undang  yang  berteraskan  falsafah  legalisme  bertentangan  dengan  falsafah  Confucius  yang  diamalkan  pada  zaman  selepas  Dinasti  Han (206 S.M-8M)
vii)              Ajaran  Confucius  menekankan  keperluan  raja  mempunyai  pekerti  yang  baik  serta  menjaga  keharmonian  manusia  dan  masyarakat
(d)   INDIA
i)                    Perundangan  penting  dalam  tamadun  India  untuk  memperlihat  perjalanan  kerajaan  dan  keberkesanan  pentadbiran
ii)                  Kitab  Undang- undang  Hindu  yang  tertua  ialah  Dharma  Sastra, dipercayai  telah  dihasilkan  pada  abad  ke-6  hingga  2 S.M.
iii)                Dalam  tamadun  India, raja  telah  dipertanggungjawab  untuk  memelihara  kesucian  dan  kedaulatan  undang-undang
iv)                Golongan  Brahmin  juga  menjadi  dominan  dalam  perlaksanaan  undang-undang  kerana  golongan  ini  mahir  tentang  hukum-hakam  keagamaan.
v)                  Dalam  setiap  kesalahan  yang  dilakukan  akan  dikenakan  tindakan  atau  denda  bergantung  kepada  keseriusan  kesalahan  tersebut


























PERLUASAN  KUASA
1)      Pembentukan  kerajaan  yang  kuat  dan  stabil  telah  dibentuk  oleh  seseoarng  pemerintah, selepas  itu  usaha-usaha  dilakukan  pula  untuk  meluaskan  kawasan  pemerintahannya  melalui  penaklukkan  dan  pembukaan  kawasan  baharu
2)      Kawasan –kawasan  yang  dikuasai  dan  ditakluki  secara  tidak  langsung  akan  menerima  corak  pemerintahan  dan  kebudayaan  penakluk.

TAMADUN
PERLUASAAN KUASA
(a)    YUNANI
i)                    Kerajaan  Macedonia  dan  Yunani  disatukan  semasa  zaman  pemerintahan  Philip II  dan  Macedonia
ii)                  Anak  kepada  Philip II, iaitu  Alexander  the  Great
Ø  Beliau  meluaskan  lagi  kawasan  jajahan  takluk  Yunani  apabila  beliau  berjaya  menguasai  Parsi, Mesir, Turkistan, dan  Samarkand
Ø  Berjaya  menguasai  seluruh  kawasan Laut  Meditterranaean
Ø  Beliau  berperanan  dalam  penyebaran  kebudayaan  Hellenistik  iaitu  campuran  antara  budaya  Yunani  dan  Parsi  serta  kebudayaan timur  yang  lain
Ø  Kebudayaan  Hellenistik  ini  telah  tersebar  di  negara-negara  kota  utama  tamadun Yunani  seperti  Iskandariah, Antioch  dan  Syracuse  di  Itali
iii)                Kematian  Alexander The  Great  serta  kemunculan  Rom  telah  menamatkan  empayar  Yunani
(b)   ROM
i)                    Zaman  pemerintahan  Augustus  Caesar (27 S.M)  ialah  zaman  perluasan  kuasa  tamadun  Rom
ii)                  Beliau  berjaya  mewujudkan  sistem  empayar  yang  berbeza  daripada  republik  sebelumnya  iaitu  mewajibkan  sistem  pemerintahan  warisan
iii)                Empayar  Rom  pada  zamannya  meliputi  Britain, Sepanyol, kawasan Sungai  Rhine, Dhanube, Laut  Hitam, Pergunungan  Atlas  , Afrika  Utara, Macedonia, Palestine, dan  sebahagian  Turki.
(c)    INDIA
i)                    Semasa  pemerintahan  Dinasti  Maurya  terutamanya  pemerintahan  Chandragupta  Maurya (321-291  S.M.)berlaku  perluasaan  kuasa  yang  besar
ii)                  Kejayaan  ini  disebabkan  oleh  kerajaan  mempunyai  anggota  tentera  yang  ramai  seperti
Ø  1000  orang  tentera  berkuda
Ø  10 000  orang  infantri
Ø  600  ekor  gajah
iii)                Berjaya  menguasai  seluruh India  Utara
iv)                Menakluki  Punjab  dan  menewaskan  Seleceus  yang  memerintah  empayar  Seleucid  di  Syria  dan  kawasan  sempadan  India  Barat
v)                  Chandragupta  digantikan  oleh  anaknya  Bindusara. Semasa  zaman  Bindusara, beliau  berjaya  meluaskan  empayar  Maurya  hingga  ke  Mysore  di  bahagian  selatan  India
vi)                Semasa  pemerintahan  Empayar  maurya  di  bawah  Asoka  kaedah  perluasan  kuasa  telah  berubah  dengan  menekankan  agama  Buddha  iaitu  dasar  yang  lebih  lembut  dan  terbuka  untuk  meluaskan  kuasa  dan  pengaruh  serta  kedudukan  Maurya
vii)              Pada  zaman  Asoka  juga  seluruh  India  telah  menjadi  jajahan  takluk   emoayar  Maurya  setelah  beliau  berjaya  menawan  Kalinga  dalam  Perang  Kalinga
(d)   CHINA
i)                    Perluasaan  kuasa  telah  melahirkan  empayar  pada  zaman  Dinasti  Chin  iaitu  di  bawah  pemerintahan  Shih  Huang  Ti  yang  berjaya  menyatukan  seluruh  kerajaan  kecil  di  China
ii)                  Kejayaan  Shih  Huang   Ti:
Ø  Memerintah  secara  aotokratik, iaitu  tegas  dan  mutlak
Ø  Menghapuskan  kuasa  golongan  bangsawan  dengan  melantik  gabenor  dan  panglima  tentera  untuk  mentadbir
Ø  Memerintahkan  pembinaan  Tembok  Besar  China  untuk  menghadapi  serangan  orang-orang  Gasar
iii)                Dinasti  Han  menggantikan  Dinasti  Chin. Dalam  dinasti  ini  pemimpin  yang  terserlah  ialah  Han  Wu  Ti
Ø  Beliau  digelar  Maharaja  Tentera
Ø  Berjaya  meluaskan  jajahan  takluk  melalui  angkatan  tenteranya
Ø  Kawasan  yang  ditakluki  ialah  Sinklang, Lembah  Tarim  dan  tutor  di  utara, Yang  Tze, Kwangtung, dan Kwangsi  di  selatan  China
Ø  Pengaruh  China  telah  tersebar  ke  Jepun  dan  Turkistan
Ø  Berjaya  mewujudkan  keamanan  dan  kemakmuran  di  China

No comments:

Post a Comment