PARA PENGUNJUNG DAN PELAJAR-PELAJAR TITAS YANG MELAWAT BLOG INI SILA DAFTAR DIRI ANDA DI RUANGAN FOLLOWER DAN KLIK BUTANG SHARE DI BAWAH DAN BUTANG LIKE DI TAPAK LAMAN.
TERIMA KASIH
Followers
Click To Enjoy THR Gegar
Friday, 13 April 2012
Pembinaan tamadun
Proses pembinaan tamadun manusia bermula apabila wujud hubungan iaitu penyesuaian antara manusia dengan alam sekelilingnya. Kemunculan dan perkembangan tamadun manusia berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut
tahap kemajuan yang dialami oleh sesebuah masyarakat. Para sarjana
berpendapat bahawa ciri-ciri tamadun ialah perkembangan petempatan
kekal, organisasi sosial, sistem pentadbiran, kepercayaan dan agama, pembandaran dan sistem tulisan.
Manusia memilih kawasan yang memudahkan mereka menjalankan kehidupan harian. Tamadun-tamadun awal manusia bermula di kawasan lembah sungai. Kawasan ini dipilh sebagai petempatan kekal kerana tanah yang subur untuk pertanian, bekalan air untuk aktiviti pertanian dan penternakan, bekalan makanan (sumber ikan), kemudahan pengangkutan dan perhubungan bagi aktiviti pertukaran barang dan perdagangan.
Sumber: Brittanica Encylopedia.
No comments:
Post a Comment