Followers

Click PLAY BUTTON To Enjoy THR Gegar
Get Adobe Flash player

Saturday, 14 April 2012

Sumbangan Islam Dalam Bidang Kejuruteraan




KEJURUTERAAN



 
















Kajian-kajian mutakhir menunjukkan banyak sumbangan sarjana dan jurutera Islam tersebar ke benua Eropah khususnya Andalus (Sepanyol) dan Itali. Dalam bidang kejuruteraan awam, kubah dan menara masjid menunjukkan kefahaman dan kemahiran Islam. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bidang kejuruteraan awam hidologi, menghasilkan pembinaan beberapa buah terusan. Terusan yang utama ialah terusan yang menyambungkan Sungai Nil dan Laut Merah. Pembinaan terusan ini memakan masa selama enam bulan dan panjangnya kira-kira 110km. Teknologi air bawah tanah diusahakan di Parsi. Bandar Isfahan dikelilingi oleh padang pasir, Sungai Zayandirud mengalir melalui bandar ini. Jurutera-jurutera awam Islam ketika itu telah mengalirkan air sungai ini kebeberapa anak sungai yang digunakan untuk pertanian dan minuman. Teknologi ini telah ditulis oleh Syaikh Bahauddin al-Amili seorang ahli sufi safavid yang mahir dalam Matematik dan keagamaan. Bagi negara yang dikeliling pasir pembinaan "qanat" iaitu sistem pengairan bawah tanah amat berguna kerana dapat mengelakkan pengewapan air.
Rekaan-rekaan yang menarik telah dapat dihasilkan dengan kemahiran dan kepakaran sarjana Islam dalam segala bidang kejuruteraan pada zaman itu apabila dicampur dengan rekaan seni-seni halus.

Contoh kejurutera Islam
Khalifah Harun al-Rashid
Raja Charlemagne

Contohnya pada awal abad ke-9M, Khalifah Harun al-Rashid telah menghadiahkan sebuah jam air yang sungguh menarik kepada Raja Charlemagne.

Pada awal abad ke-8M jurutera-jurutera Islam telah mempelajari teknologi membuat kertas dan mendirikan beberapa buah kilang kertas di Samarqand dan Baghdad sebelum akhir abad ke-8M.4

Di Sijistan dan Parsi terdapat beberapa buah kincir angin yang mana orang Islam telah melopori teknologi mendapatkan sumber tenaga dari angin melalui kaedah kincir angin. Kincir angin digunakan untuk mengepam air di dalam pertanian. Teknologi mendapatkan air dan angin telah mendapat perhatian di seluruh dunia dan ia merupakan penggerak utama sehinggalah kuasa tenaga wap diperkenalkan semasa revolusi Perindustrian di Eropah. Satu kincir angin boleh mengeluarkan lebih kurang lima hingga sepuluh kuasa kuda pada ketika itu.

Dalam teknologi perkapalan, jurutera-jurutera Islam telah membina kapal dagang dan kapal laut. Dengan kemajuan orang Islam dalam bidang astronomi, teknologi pelayaran telah dapat membawa pedagang-pedagang dan pendakwah-pendakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia seperti China ke sebelah Timur dan hingga ke England dan Ireland di sebelah Barat.
 
Tokoh


Sinan (1490-1588M)

Beliau yang juga dikenali sebagai Mimar Sinan merupakan seorang arkitek yang merekacipta 360 struktur bangunan termasuklah 84 buah masjid, 51 buah masjid-masjid kecil, 57 buah sekolah, 7 buah madrasah untuk penghafal al-Quran yang dikenali sebagai darulkurra, 22 buah , 17 buah rumah api , 3 buah hospital, 7 buah jambatan , 48 buah rumah tumpangan, 35 tempat –tempat dan rumah penginapan yang besar, 8 buah bumbung melengkung dan 46 tempat takungan air / kolam mandi. Dengan perkataan lain, beliau menjadi pengurus terkenal dalam kerja-kerja pembinaan pada zaman kerajaan Othmaniah selama hampir 50 tahun.

KONSEP-KONSEP PENTING DALAM TAMADUN CINA

Penjelasan konsep-konsep ini akan menjadi asas kepada perbincangan dan pembinaan hujah-hujah mengenai tamadun dan falsafah Cina.Konsep-konsep ini penting bagi memahami world-view Tamadun Cina.




 

1. T'ien
Selalunya digunakan untuk menunjukkan langit (Heaven). Walaupun demikian, sejak zaman awal dalam sejarah negeri China , T'ien juga digunakan untuk menunjukkan dewa terpenting atau dewa utama dalam kepercayaan Cina. Oleh itu, dewa yang terpenting dealam kepercayaan orang-orang Cina (T'ien) juga disamakan dengan langit. Selain daripada itu, T'ien mempunyai satu dimensi moral dalam kepercayaan orang-orang Cina.

  
2. Dao atau Tao

Konsep Dao mempunyai pelbagai maksud. Maksud terawal menunjuk kepada "jalan"atau "lorong". Sebelum kedatangan falsafah Konfusius , Dao digunakan untuk menunjukkan satu "jalan"ataupun suatu cara kelakuan atau tabiat sama ada tabiat baik ataupun buruk. Selepas kedatangan Konfusius, orang-orang yang mengikut fahaman Daoisme(berasal dari perkataan Dao) menggunakan konsep Dao dengan suatu maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semesta .
Konsep Dao menurut Konfusius Sebagai satu konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu, atau suatu set peraturan-peraturan etika yang harus diikuti oleh seorang individu. Ia juga menunjukkan kepada suatu corak atau jenis pentadbiran yang dapat menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat dengan cara yang paling baik.
Konsep Dao menurut fahaman Daoisme. Menurut ahli falsafah Daoisme, dao bermaksud metafizik. Ini bermaksud jika terdapat suatu proses kewujudan,maka hendaklah terdapat suatu punca utama yang meluas dan ini dipanggil Dao. Seperti First Cause yang terdapat dalam kepercayaan Kristian.


3. Konsep Yin & Yang.

Pemikir-pemikir Cina mempercayai bahawa perkara-perkara yang berlaku atau wujud di dalam alam ini akibat dari interaksi antara dua kuasa yang berlawanan iaitu Yin & Yang.Yin mewakili perempuan, keadaan pasif, sejuk, gelap, basah, lembut dan lain-lain. Yang pula mewakili lelaki, aktif, panas, cerah, kering, keras dan lain-lain. Yin & Yang merupakan dua kuasa yang saling bertindak di dalam alam semesta ini. Dalam bentuk fizikal, Yang merupakan langit dan Yin adalah bumi.


4. Konsep "The Golden Mean" atau Chung
 Ia merupakan sesuatu yang paling sesuai, paling tepat atau terbaik dalam sesuatu keadaan. Oleh itu Chung boleh menunjukkan jarak yang ideal dalam sesuatu keadaan, masa yang paling ideal dalam sesuatu keadaan, wajah atau rupa seseorang yang paling ideal dan lain-lain.


 5. Konsep The Grand Unity atau Ta T'ung.Menurut Kang Yu Wei dalam bukunya Ta T'ung Shu(Book of Great Unity atau Ta T'ung) menyatakan: Ianya satu prinsip yang menumpukan perhatian kepada cara mengelakkan kesakitan dan penderitaan dan cara mendapatkan keseronokan secara maksima kepada jumlah manusia yang maksima.

Kesemua agama dan konsep-konsep penting dalam Tamadun Cina mengajar sistem moral dan ianya adalah penting dalam kehidupan. Manakala "ajaran-ajaran tuhan " adalah satu cara untuk memberi hukuman. Itulah asas utama konsep agama yang ada pada masyarakat Cina. Oleh itu, jelaslah pandangan semesta orang-orang Cina adalah mengutamakan kehidupan duniawi daripada kehidupan selepas mati.



RUJUKAN 1. Lok Chong Hoe, Tamadun Cina, Falsafah, Pandangan Hidup dan Aspek-aspek Kesenian, Pulau Pinang, USM, 1998.

Tamadun India

 


Tamadun Awal :
*Tamadun India bermula sejak 4500 thn dahulu.
*Lahirnya tamadun Mohenjodaro dan tamadun Harappa yg terletak di satu wilayah yg luas antara
India dan Pakistan.
*Kekuatan tamadun ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya :

1.Agama :
*mereka mempunyai pegangan agama yang kuat iaitu penyembahan kepada Dewa Shiva (tuhan tiga
muka).
*Mereka juga menyembah pokok dan haiwan.

2.Kota Raya :
*mempunyai kota raya yang besar, terancang & tersusun rapi.
*Telah mencapai taraf hidup yang tinggi.
*Mempunyai pengkhususan kerja.

3.Ekonomi :
*mempunyai sumber ekonomi yang kukuh & lumayan.

4.Perdagangan Antarabangsa :
*mempunyai hubungan yang erat dengan tamadun lain di dunia seperti tamadun Sumeria & tamadun
Mesir.
*Antara barang dagangan utama ialah jagung & kurma.

5.Tulisan :
*mempunyai tulisan @ skrip yang tersendiri yang menggunakan simbol dan gambar-gambar.

6.Matematik :
*memperkenalkan nombor sifar dan algebra.

7.Kesenian :
*sangat mahir dalam hal-hal kesenian seperti barangan ukiran Perak & batu permata.
*mempunyai tukang-tukang emas yang mahir.


Agama :
Terdapat tiga Agama yang utama dalam tamadun India iaitu :

1.Hindu :
*Merupakan salah satu agama yang tertua didunia.
*Ia dibawa oleh org2 aryan yg menakluki Lembah Indus kira-kira tahun 1500 sm.
*Mengamalkan kepercayaan terhadap dewa-dewa.
*Agama terawal org2 aryan ialah Brahmana yg dibawa oleh kelas pendeta.
*Perkataan Hindu berasal drpd perkataan Lembah Sungai Indus iaitu Sindha.
*Peringkat awal mrk menyembah dewa org Aryan iaitu Surya ( dewa matahari), Agni (dewa api),
Aruna ( dewa syurga) & Indra ( dewa peperangan).
*Implikasi dr asimilasi sosial org Aryan dgn Dravidian tlh melahirkan penyembahan Trimuthi
iaitu tiga dewa seperti Brahma (tuhan pencipta), Vishnu (tuhan pelindung) & Siva (tuhan
pemusnah).
*Agama Hindu terbahagi kpd dua iaitu Saivisme (penganut siva) & Vaishnavisme (penganut
Vishnu).
*Org2 Aryan dikatakan sebagai penganut agama Hindu yg pertama
*Agama Hindu bertanggungjawab menyatukan kepercayaan org Aryan dgn penduduk lembah Indus &
juga mengekalkan pengaruh org Aryan keatas orang Dravidian.
*Kitab tertua agama Hindu ialah kitab Veda (buku pengetahuan).
*Ditulis oleh org2 Aryan didlm bhs Sanskrit.
*Terdapat 4 kitab Veda iaitu Rig-veda yg mengandungi 1000 buah lagu suci dewa, Yajur-veda,
Sama veda & Tharva-veda.
*Disamping kitab veda terdpt juga kitab2 lain seperti Brahmana (ajaran, amaln & undang
undang hidup), Bhagavad Gita( nyanyian berkaitan dgn dewa Krishna & dewa arjuna), Upanishad
(catatan pemikiran & pendapat terhadap kehidupan manusia & tuhan).


Ciri-ciri agama Hindu :
a-Karma :
*Mempunyai kepercayaan yg kukuh thdp karma iaitu tindakan manusia semasa hidup.
*Kepercayaan kpd karma & dharma membolehkan mrk mencapai mokhsah iaitu sama ada bebas dr
rangkaian kelahiran @ sblknya

b-Reinkarnasi:
*Bermaksud proses kelahiran semula manusia selepas mati yg bergantung kpd kelakuan individu
semasa hidup.
*Merupakan satu proses berulang-ulang sehingga roh itu bertemu penciptanya.
*Roh boleh meningkat & sampai ke tempat yg tinggi iaitu nirvana.

c-Kasta :
*Org Aryan memperkenalkan 4 kastaiaitu Brahmin (ahli agama), Ksyatria (pahlawan), Vaishya
(pedagang) & sundra ( org kebanyakkan & hamba) & Hairijian (yg tidak mempunyai kasta).
*orang-orang ini tidak dibenarkan berkomunikasi dgn org2 yg mempunyai kasta.
*Setiap org terikat dgn kasta & dilarang berkahwin dgn kasta yg berlainan.
*Melalui sistem ini mereka dpt meningkatkan perpaduan, mengekalkan keamanan & menentukan
pengkhususan kerja.
*w/bgmnpun pada masa sekarang kasta telah berubah-ubah & meningkat melalui pendidikan,
jawatan, pangkat & kekayaan.


2.Agama Buddha :
*Lahir di India pada abad ke 6 sm.
*Diasaskan oleh Sidharta Gautama Buddha yg dilahirkan pd thn 563 sm di Kapilavastu, Timur
Laut India.
*Berasal daripada kasta Ksyatriya, ttp beliau tlh meninggalkan kemewahan hidup di istana utk
mengalami hidup org biasa.
*Memulakan pengembaraan utk mencari kebenaran & tuj.hidup pd umur 29 thn.
*Sering bertapa dan berpuasa utk melemahkan diri..
*Menerima ilham ajaran buddha ketika bertapa di Kitaka Purna Wesak (Mei), di Bawah pokok
Bodhi, di Bohdgaya.
*Antara ajaran utama agama Budhha ialah penderitaan manusia merupakan angkara diri mereka
sendiri, & ia boleh diatasi dengan melalui jalan benar.
*Gelaran Buddha yg diberikan bermaksud “pemberi cahaya”.
*Mempunyai ramai pengikut di Lembah ganges shg blh membentuk kesatuan sami-sami Buddha .
*Mempunyai dua mazhab iaitu Mahayana & Hinayana.
*Mati pd thn 483 sm ketika berumur 80 thn.
*Setelah kematiannya, ajarannya tlh dikumpulkan &ditulis kembali oleh pengikutnya dlm bahasa
pali.
*Dua kitab buddha yg ditulis semula itu ialah kitab Sutta & jataka.
*Ajaran agama buddha menentang keras sistem kasta agama Hindu, ttp sebaliknya memperjuangkan
persamaan taraf di kalangan manusia.

Empat kebenaran yg menjadi asas utama ajaran Buddha iaitu :
a. Hidup penuh derita
b. Derita kerana nafsu
c. Kemewahan & keseronokan membawa penderitaan
d. mengawal nafsu melalui lapan lapis.

*Jalan lapan lapis yg digariskan melarang perbuatan tercela seperti mencuri, berzina, menipu,
membunuh dsbgnya.
*Ajaran buddha menyeru mausia agar melakukan kebaikan seperti bersedekah, menuntut iilmu &
hidup sederhana.
*Mereka yg tlh berjaya menguasai jalan lapan lapis, memahami empat kebesaran mulia adalah
merupakan manusia yg tlh bebas drpd karma & mencapai nirvana.


3.Agama Jaina :
*Diasaskan oleh Mahavira
*Dilahirkan pd thn 599 sm, merupakan seorang anak lelaki drp golongan bangsawan.
*Kerana merasa bosan dengan kemewahan & hiburan, beliau mula mengasingkan diri utk mencari
kebenaran.
*Jaina adalah merupakan gelaran yg diberikan utk diri mereka.
*Agama ini tidak terpisah drp agama Hindu & terus mengekalkan prinsip tanpa kekerasan.
*Agama ini menjelaskan bhw pada jasad akan adanya roh.
*Roh wujud dlm semua jirim sprt batu, api atau angin.
*Penyiksaan diri sendiri adalah merupakan jalan utk manusia itu mengawal nafsu.
*Mengutamakan kepada estetika @ keindahan.
*Meneruskan cara hidup yang ketat hingga kini.
*Bersifat koservatif & tidak mahu menerima perubahan dari org lain serta mengekalkan
hubungan dengan agama Hindu.
*Kekuatan agama ini terletak pada org awam yg mengamalkan lima sumpah iaitu:
1.Jangan membunuh
2.Jangan cakap bohong
3.Jangan mencuri
4.Tolak semua nikmat kebendaan
5.Amal kesucian
*Mahavira meninggal dunia pd tahun 527 sm.
*Pengikutnya seramai 14,000 orang.
*Pada masa kini penganut agama Jaina ada yang memiliki harta kekayaan, berpengaruh &
dihormati di dalam masyarakat.


Sumbangan Tamadun India :

Sains & Teknologi :
Tamadun India telah mencapai kegemilangan dlm pelbagai bidang seterusnya memberikan sumbangan yang besar kpd peradaban dunia, seperti :

1.Matematik :
a.Geometri:
Digunakan dlm upacara keagamaan seperti upacara pengorbanan.
b.Algebra:
Mempunyai algebra sehingga mereka dpt membezakan diantara no.abstrak dgn nombor kuantiti
objek @ keluasan ruang. Cth:utk mencipta cara kiraan algebra mrk menggunakan nombor asas
dgn simbol 0 hg 9.
c.Angka sifar :
Tamadun India jg memperkenalkan angka sifar.
Dpt dilihat dlm transkrip awal India yg ditemui di Gujerat thn 595 m membuktikan bhw
tamadun India tlh menggunakan simbol Yunani, Romawi & Hebrew.
d.Karya Matematik:
mewariskan karya matematik iaitu Bakshali & Aryabhatiya y menggunakan nombor dlm cara 10
angka.
e.Perpuluhan matematik:
Tlh mencipta sistem perpuluhan matematik.
Ciptaan mereka tlh diambil oleh org arab.
Bukti : ilmu matematik dinamakan oleh orang Arab sbg Hindisat.

2.Astronomi & Kalendar :
a.digunakan utk menentukan masa upacara pengorbanan.
b.kalendar matahari dicipta utk mengenal musim, tahun, bulan & hari.
c.bidang Astrologi sgt berkembang di zmn Gupta. 9 planet & 27 bintang dipercayai dpt
mempengaruhi kehidupan manusia.

3.Fizik :
Perkembangan tamadun India sgt berkait rapat dgn agama & teknologi, antaranya:
a.konsep jirim lahir bukan berdasarkan kpd eksperimen ttp berasaskan kpd institusi logik
akal.
b.alam semesta dijlskan oleh tamadun India mempunyai lima elemen iaitu tanah, angin, api,
air & angkasa. Semua unsur alam adalah bercirikan atom.
c.ilmu atom dlm tamadun india lbh tulen

4.Kimia :
a.tamadun india menghasilkan ubat bertujuan utk memanjangkan usia, membuat racun dsbgnya.
b.penciptaan beberapa bhn alkali utama, asid & garam logam dihasilkan melalui proses kimia
perubatan.
c.ubat bedil juga dihasilkan melalui proses yg mudah seperti pembakaran & penyulingan.

5.Logam :
Tamadun India sgt mementingkan bahan besi dlm seni bina seperti :
a.tamadun India memperlihatkan kemahiran yg tinggi dlm pertukangan besi. Cthnya blh dilihat
dgn jelas pd tiang besi di Delhi dlm abad ke 5m. Ia merupakan batang besi setinggi 7
meter. Kelebihannya ialah tahan karat.
b.barangan keluaran tamadun India mendapat pengiktirafan drp tamadun lain seperti tamadun
Romawi & Asia Barat.

6.Perubatan :
a.sejak zaman Veda lg tamadun India mempunyai kemahiran dlm bidang perubatan. Bagi mereka
ilmu perubatan merupakan ilmu sihir.
b.perkembangan bidang fisiologi, pembedahan, seni pernafasan, reproduksi mausia, farmakologi
& veterinari tlh berlaku sjk zmn sblm masihi lg.
c.karya perubatan tlh byk dihasilkan cth Caraka yg dihasilkan pd abad 1-2m & Susruta yg
dihasilkan dlm abad ke-4m. Karya ini dikatakan setanding dgn karya perubatan Hippocrates &
Galen dr Yunani.


Pengaruh Tamadun India
Cara penyebaran:
1.Perdagangan antara India dgn pusat2 perdagangan di seluruh dunia.
2.Penaklukan

Unsur :
-Sistem huruf, bahasa, kesusasteraan, sistem politik yg berasas kpd raja, kepercayaan
keagamaan, matematik, astronomi dan kemahiran teknikal.



Negara yg menerima pengaruh :
1-Indonesia
Pusat penyebaran dan pusat pendidikan agama Buddha di Kutei (Borneo)
Candi Borobodor di Pulau Jawa

2-Malaysia
Penubuhan kerajaan Hindu di Lembah Bujang,Kedah

3-Indo China
Penyembahan linga dan kuil Siva di Vietnam
Peninggalan Angkor Watt oleh Raja Jayavarman II

Friday, 13 April 2012

DASAR PENDIDIKAN YUNANI


 

 

Kota Sparta
Tujuan Pendidikan adalah untuk membentuk warganegara tentera yang sempurna; Mementingkan individu yang setia dan memberikan tumpuan penggunaan senjata.

Athens
Sebaliknya di Athens, tujuan pendidikan adalah untuk perkembangan tubuh dan minda secara harmoni dengan menekankan keperluan mempelajari ilmu, seni muzik, kesukanan dan bidang-bidang lain. Dalam negara kota ini, matlamat mereka ialah perkembangan warganegara yang sempurna.

Pembinaan tamadun



Proses pembinaan tamadun manusia bermula apabila wujud hubungan iaitu penyesuaian antara manusia dengan alam sekelilingnya. Kemunculan dan perkembangan tamadun manusia berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut tahap kemajuan yang dialami oleh sesebuah masyarakat. Para sarjana berpendapat bahawa ciri-ciri tamadun ialah perkembangan petempatan kekal, organisasi sosial, sistem pentadbiran, kepercayaan dan agama, pembandaran dan sistem tulisan.
Manusia memilih kawasan yang memudahkan mereka menjalankan kehidupan harian. Tamadun-tamadun awal manusia bermula di kawasan lembah sungai. Kawasan ini dipilh sebagai petempatan kekal kerana tanah yang subur untuk pertanian, bekalan air untuk aktiviti pertanian dan penternakan, bekalan makanan (sumber ikan), kemudahan pengangkutan dan perhubungan bagi aktiviti pertukaran barang dan perdagangan.
Sumber: Brittanica Encylopedia.